AS batal visa 1,000 pelajar China, anggap ancam keselamatan

0
274

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

AMERIKA Syarikat berkata lebih daripada 1,000 visa pelajar dan penyelidik China yang dianggap sebagai ancaman keselamatan telah dibatalkan.

Tindakan tersebut diambil berikutan pengisytiharan oleh Presiden Donald Trump menyasarkan warganegara China yang disyaki mempunyai hubungan dengan pihak tentera.

AS mendakwa sesetengah daripada mereka didapati mencuri harta intelek dan data, lapor bbc.com.

Antara 2018 hingga 2019 hampir 370,000 pelajar dari China berdaftar sebagai pelajar di universiti AS.

Jurucakap jabatan negara AS berkata pelajar yang terkesan oleh tindakan terbaharu itu dikategorikan sebagai kumpulan pelajar dan penyelidik berisiko tinggi.

Bagaimana pun beliau berkata kumpulan itu hanya merupakan sebahagian kecil dan AS akan terus menerima pelajar dan sarjana dari China yang tidak menjadi alat pihak Parti Komunis China untuk mengintip.

Kementerian luar China mengecam tindakan tersebut yang disifatkan sebagai penganiayaan politik dan diskriminasi kaum yang jelas melanggar hak asasi manusia pelajar-pelajar berkenaan.

Beberapa pelajar China yang temui berkata mereka kini semakin berdepan dengan permusuhan dan kecurigaan di kampus-kampus universiti dan sering kali alasan mereka belajar di AS dipersoalkan.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here