LG cipta pelitup berkuasa bateri, cermin mata bebas kabus

0
300
FOTO: LG.

CANGGIH… Firma produk pengguna terkenal Korea Selatan berjaya cipta pelitup separa muka yang dijana dengan bateri dan bantu individu bercermin mata daripada masalah kabus di lapisan kanta.

PuriCare Wearable ciptaan LG Electronics, dihasilkan dalam satu saiz dan cuma seberat sepasang gogal ski, malahan dilengkapi dengan dua kipas kecil dan penapis udara yang berkecekapan tinggi.

Ia berupaya menapis udara dihirup dan dihembus keluar selain direka bagi penuhi saranan pihak berkuasa di seluruh dunia yang galak pemakaian pelitup demi kekang jangkitan wabak Covid-19.

Syarikat milik gergasi LG Corporation ditubuhkan sejak 1958 itu bersaing dengan banyak pengeluar lain yang ‘berlumba’ reka pelitup lebih selesa untuk dipakai tanpa jejas keselamatan si pemakainya.

Antara masalah yang sering dihadapi pemakai adalah kesukaran untuk bernafas atau cermin mata berwap apabila nafas dihembus keluar dari bahagian atas pelitup terkena bahagian mata mereka.

“Pernafasan merupakan keprihatinan utama dan pelitup jenis pakai buang juga bawa kesan tinggi terhadap alam sekitar,” kata pegawai kanan pasukan produk udara LG Electronics, Choi Yoon-hee.

Bahkan pelitup canggih itu juga ujarnya, dilengkapi dengan tempat simpan yang dapat cas bateri di samping berupaya basmi kuman pada pelitup itu melalui penggunaan lampu ultra ungu atau UV.

Menurut laporan media tempatan, ia bakal dijual pada suku keempat tahun ini bermula di pasaran tertentu, tetapi pihak LG belum lagi menetapkan harga runcit muktamad bagi produk baharu tersebut.

Pelitup berkenaan mempunyai jangka hayat bateri secara purata sekitar lapan jam apabila digunakan dalam mod kuasa rendah dan minimum boleh bertahan dua jam sekiranya mod kuasa paling tinggi.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here