Rundingan damai bersejarah antara kerajaan Afghanistan dan Taliban bermula

0
314
FOTO kolaj: Wikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

RUNDINGAN damai pertama di antara kerajaan Afghanistan dan puak Taliban bermula di Qatar setelah ditunda sebulan.

Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo yang hadir pada pembukaan rundingan itu menyifatkannya sebagai detik bersejarah, lapor bbc.com.

Rundingan diadakan setelah puak Taliban dan AS menyetujui syarat-syarat yang dituntut oleh kedua-dua pihak pada Februari lalu.

Bagaimana pun fasa kedua rundingan belum mendapat persetujuan berikutan kontroversi berhubung pertukaran tawanan, selain keganasan yang terus berlaku sejak beberapa dekad lalu.

Semalam (11 September) perwakilan kerajaan Afghanistan berlepas dari Kabul menuju ke Doha.

Tarikh tersebut bersempena tarikh serangan ke atas beberapa lokasi di AS yang mengakhiri pemerintahan Taliban di Afghanistan.

Bagi ketua perwakilan kerajaan Afghanistan, Abdullah Abdullah apa yang mereka inginkan hanya untuk mewujudkan ‘keamanan bermaruah dan adil’ di negara itu.

Khamis lalu puak Taliban akhirnya bersetuju untuk ke meja rundingan setelah kumpulan akhir enam tawanan dibebaskan.

-BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here