Kongres Peru buka jalan untuk dakwa presiden

0
198
FOTO: Wikimedia Commons/Galería del Ministerio de Relaciones Exteriores / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh Fetty Rara

PIHAK kongres di Peru telah memulakan prosiding pendakwaan terhadap Presiden Martin Vizcarra yang dituduh cuba menyekat penyiasatan rasuah ke atas beliau.

Langkah itu disokong dengan undi 65-36 dan parlimen minggu depan dijangka membahaskan sama ada Vizcarra perlu dipecat kerana ‘ketidakupayaan moral’, lapor bbc.com.

Beliau dituduh menyalahgunakan dana awam dan cuba menutupnya.

Vizcarra, 57, menafikan sebarang kesalahan dan sebaliknya menuduh kongres cuba merampas kuasa.

Sesi kongres semalam dipanggil setelah satu rakaman audio dalam mana Vizcarra sedang membincangkan cara-cara untuk menutup tuduhan penyalahgunaan dana awam didedahkan.

Rakaman tersebut didakwa berlaku di antara Vizcarra dan kumpulan pembantu beliau.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here