PAUiTM fokus wujudkan Federasi Alumni UiTM Malaysia

0
986
Datuk Zaini Hassan (depan, tiga dari kanan), bergambar bersama-sama ahli persatuan selepas Mesyuarat Tahunan PAUiTM kali ke 12 di Hotel Concorde Shah Alam

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) fokus dalam mentransformasi persatuan tersebut menjadi Federasi Alumni UiTM.

Menurut Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan, dengan penubuhan federasi tersebut pihak persatuan akan bergerak secara kendiri atau terasing dari institusi UiTM.

“Usul penubuhan Federasi Alumni UiTM mendapat sokongan yang penuh daripada ahli-ahli PAUiTM yang hadir mesyuarat hari ini.

“Oleh itu satu jawatankuasa akan dibentuk untuk memulakan kerja bagi pembentukan cadangan generasi atau konfederasi persatuan alumni-alumni Malaysia,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas Mesyuarat PAUiTM kali ke 12 di Hotel Concorde di sini hari ini.

Zaini berkata, usul penubuhan federasi PAUiTM adalah usul terpenting di dalam mesyuarat tersebut.

Katanya lagi, inisiatif untuk menubuhkan federasi terbabit telah dicadangkan pihak PAUiTM beberapa tahun lalu dan UiTM sendiri disarankan untuk mengetuai penubuhan federasi tersebut.

“Oleh kerana cadangan penubuhan tersebut terlalu lama dibiarkan tidak berlaku mesyuarat pada hari ini bersetuju memberi mandat untuk PAUiTM ditukar menjadi federasi atau konfederasi.

“Penubuhan Federasi (Persekutuan) Alumni UiTM akan menjadikan ia persatuan dan jawatankuasa yang bergerak sendiri, mempunyai presidennya sendiri, jawatankuasa sendiri, menjadi benteng mempertahan dan membantu alumni itu sendiri,”katanya.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here