Covid-19: Kluster Laut kluster baharu Pati di Sabah

0
262

SATU kluster baharu telah dikenalpasti di kalangan pendatang tanpa izin (Pati) di Kunak, Sabah dirujuk sebagai Kluster Laut, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sehingga 12 September 2020, sejumlah 49 telah disaring dalam kluster ini. Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina.

“Daripada jumlah ini, empat kes dikesan positif Covid-19; 14 individu negatif; dan 31 individu masih menunggu keputusan,” kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat 58 kes baharu Covid-19  yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi.

Daripada 58 kes baharu itu, 53 daripadanya melibatkan penularan tempatan.

Daripada jangkitan tempatan itu, 48 kes di Sabah, termasuk 44 dari Kluster Benteng LD dan 3 dari Kluster Laut.

Terdapat juga 5 kes baharu dari Kluster Sungai di Kedah.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,868 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 551 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Menjelaskan lanjut mengenai Kluster Laut, pengarah kesihatan berkata ia melibatkan seorang tahanan kes indeks kluster (iaitu kes ke-9859) di Pusat Tahanan Sementara(PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos 2020.

“Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri kes.

“Isteri kes (iaitu kes ke-9860) pula dikesan positif Covid-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

“Beliau didapati mula bergejala pada 6 September 2020. Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection)dan saringan kontak rapat, dua lagi kes positif Covid-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862).

“Sehingga 12 September 2020, sejumlah 49 telah disaring dalam kluster ini,” jelas beliau lagi.

https://bit.ly/2RhkQMv
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here