3 anak singa hampir pupus dipamer di zoo Czechia

0
285

COMEL… Tiga ekor singa jenis Barbary yang dianggap hampir pupus tetapi berjaya dilahirkan di Czechia, mula dibawa keluar dari kurungan untuk dipamer kepada pengunjung buat julung kalinya.

Kesemuanya adalah betina, dilahirkan pada 5 Julai lalu di Zoo Dvur Kralove, 142 kilometer dari ibu kota Prague; telah dibawa di luar kandang minggu ini di bawah pemantauan ketat ibunya, Khalila.

Ketiga-tiga anak singa itu masih belum diberi nama. Ia merupakan salah satu subspesies singa paling besar, pernah berkeliaran di utara Afrika serta hampir lenyap sepenuhnya ekoran aktiviti manusia.

Kebanyakan dibunuh kejam oleh gladiator pada zaman Rom kuno lebih 2,000 tahun lepas, manakala kegiatan pemburuan ratusan tahun lalu telah menyebabkan kepupusan terhadap singa nadir tersebut.

Dipercayai singa Barbary sudah habis lenyap di habitat liar pada pertengahan dekad 1960-an dan tinggal hanya puluhan ekor yang masih terselamat berada dalam koleksi Raja Maghrib selepas itu.

Zoo di Czechia (nama rasmi baharu Republik Czech) terlibat dalam program perlindungan spesies terancam pan-Eropah selaras usaha kelangsungan hidup haiwan liar itu dalam kurungan.

Ketika ini, populasi global singa Barbary dianggarkan cuma ada sekitar 100 ekor. Nama spesies itu sempena etnik pribumi terkenal Berber yang sebahagian besarnya menetap di rantau utara Afrika.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here