Banjir: 104 dipindahkan di Kuala Kangsar

    0
    646

    IPOH — Seramai 104 orang daripada 20 keluarga di beberapa buah kampung di Kuala Kangsar dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami air akibat hujan lebat semalam.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya mula menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat di Kampung Lembah Padang Rengas pada 10.09 malam tadi.

    “Setibanya di tempat kejadian didapati kawasan itu dinaiki banjir setinggi 1 meter,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Menurut jurucakap itu, seramai 39 mangsa merangkumi 7 keluarga dari kawasan tersebut dipindahkan ke Asrama Risda Padang Rengas, manakala 7 lagi keluarga juga dengan 39 mangsa dibawa ke Dewan Orang Ramai Kampung Stor.

    Sementara itu, banjir kilat di Kampung Talang Ulu dan Kampung Talang Hilir menyaksikan 26 mangsa daripada 6 keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid, katanya.
    Air sudah surut, namun pemantauan masih dijalankan,” katanya.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/13/banjir-104-dipindahkan-di-kuala-kangsar/

    
    
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here