Covid-19: Oxford University akan teruskan ujian vaksin

0
301

Oleh Fetty Rara

UJIAN vaksin Covid-19 yang dihasilkan bersama oleh AstraZeneca dan Oxford University akan diteruskan setelah ditangguhkan berikutan kesan sampingan pada seorang pesakit di United Kingdom.

Selasa lalu AstraZeneca berkata ujian terpaksa ditangguhkan sementara disiasat sama ada reaksi sampingan pada pesakit berkenaan disebabkan oleh vaksin tersebut.

Bagaimana pun, semalam (Sabtu) pihak universiti memutuskan bahawa ujian boleh disambung semula, lapor bbc.com.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Oxford University berkata memang telah dijangka bahawa sesetengah sukarelawan ujian vaksin itu akan mengalami kesan sampingan.

Agensi Peraturan Produk Perubatan dan Kesihatan UK bersama sebuah jawatankuasa kajian  keselamatan bebas telah mencadangkan supaya ujian tersebut diteruskan .

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here