Restoran, kedai serbaneka boleh beroperasi hingga 2 pagi

0
197
Ng Sze Han

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Kerajaan Selangor hari ini membenarkan waktu operasi restoran dan kedai serbaneka untuk dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han, ia selaras dengan kebenaran yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

“Kes Covid-19 di negeri Selangor dalam keadaan terkawal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kini tibanya masa untuk menangani dan memulihkan ekonomi. Walaubagaimanapun, pencegahan penularan Covid-19 masih merupakan keutamaan kerajaan negeri,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehubungan dengan itu, para pengunjung dan pengusaha diingati supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Sebelum ini, sepanjang PKP Pemulihan (PKPP)yang berakhir hujung Ogos lalu, kedai serbaneka,
restoran, gerai makan dan semua perniagaan menjual makanan dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu mengumumkan waktu operasi kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga 2 pagi di bawah PKPP yang dijadualkan berakhir 31 Disember ini.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here