Beza usia 34 tahun bukan halangan, bukti UMNO mampu menarik golongan muda

0
656
Datuk Zaleha Bujang,(Ketua Wanita UMNO Jasin) 68thn, bernikah dgn pasangannya lelaki 28thn. Itulah kalau sudah jodoh namanya...

BEZA usia 34 tahun bukan halangan buat Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang dan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ashraf untuk mendirikan rumah tangga.

Zaleha yang berusia 62 tahun dan Ashraf, 28, disatukan pada Jumaat lalu.
Ahli politik itu sudah lebih lima tahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suaminya.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh menjadi saksi pada majlis pernikahan pasangan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Menurut Dr Akmal, pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain di satu majlis di rumah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Melaka beberapa tahun lalu.

Selepas saling mengenali, Zaleha dan Ashraf mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Zaleha ketika dihubungi oleh Sinar Harian turut memaklumkan beliau dan suami akan berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang.

Gambar-gambar pernikahan Zaleha dan Ashraf tular di media sosial sejak Jumaat.

Sebilangan besar netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yang membuktikan usia bukan halangan untuk dua jiwa disatukan menerusi ikatan pernikahan.

Terdahulu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin itu mula dikenali umum selepas tindakannya mendermakan seutas gelang emas untuk mengisi Tabung Kemudahan Guaman Datuk Seri Najib Razak, sebagai tanda simpati serta sokongan kepada bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri itu.

https://bit.ly/2Zt6Gwf
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here