Air pasang besar, jangan tempah maut

0
392
Caption Notis penutupan aktiviti rekreasi sepanjang pantai di Daerah Kuala Langat dipasang di Pantai Morib di sini.

Oleh Arrazaq Nazri

KUALA LANGAT — Fenomena air pasang besar yang boleh mengundang banjir di kawasan pantai setiap tahun antara September hingga November diramalkan berlaku bermula 18 September hingga 17 November tahun ini.

Sehubungan itu, orang ramai ditegah melakukan sebarang aktiviti di sepanjang pantai di Kuala Langat pada 18 dan 20 September, 15 sehingga 20 Oktober serta 14 dan 17 November ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat memaklumkan ketinggian paras air pada tarikh berkenaan dijangka tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah di talian 03-3182 2565,” katanya di sini.

Pada 3 September lalu, Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor mengeluarkan amaran fenomena air pasang diramalkan berlaku dalam tempoh itu dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

Kawasan di Kuala Langat yang berisiko membabitkan Pantai Kelanang, Ban Sijangkang, Jalan Harmoni, Istana Pantai Bahagia, Pesisir Pantai Tanjung Sepat, Pantai Batu Laut, Pantai Morib, Ban Kampung Kundang, Pekan Tanjung Sepat dan Rumah Peranginan Persekutuan Morib.

UPBN turut memaklumkan, pantai dari daerah Sabak Bernam hingga Sepang turut diramal mengalami fenomena air pasang besar mulai bulan ini hingga November.

Ketua UPBN, Ahmad Fairuz Mohd Yusof dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuat persiapan rapi untuk berdepan fenomena tersebut dan menasihatkan orang awam menangguhkan aktiviti di pantai.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here