Covid-19: WHO lapor kenaikan harian tertinggi jangkitan baharu

0
278

Oleh Fetty Rara

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan kenaikan jangkitan harian Covid-19 tertinggi sebanyak 307,930 dalam masa 24 jam lalu.

Agensi tersebut berkata kematian bertambah 5,500 untuk menjadikan jumlah global sebanyak 917,417, lapor bbc.com.

Lonjakan jangkitan tertinggi dicatatkan di India, Amerika Syarikat dan Brazil.

Lebih 28 juta kes disahkan di serata dunia dengan kebanyakannya berlaku di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Rekod tertinggi pernah dicatatkan sebelum ini ialah pada 6 September lalu iaitu sebanyak 306, 857 jangkitan baharu.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here