Parti pemerintah Jepun mula pilih pengganti Shinzo Abe

0
258
Yoshihide Suga

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PARTI pemerintah Jepun sedang membuat pilihan bagi menggantikan Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri.

Bulan lalu Abe meletak jawatan kerana sebab-sebab kesihatan, lapor bbc.com.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, 71, dijangka akan dipilih menggantikan beliau.

Beliau merupakan sekutu Abe dan kemungkinan besar akan meneruskan dasar-dasar terdahulu.

Mengikut prosedur setelah parti Liberal Demokratik (LDP) memilih pemimpin baharu parlimen akan mengundi sekali lagi pada Rabu sebelum Suga dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya majoriti memihak kepadanya.

Memandangkan beliau bakal mengambil alih pada pertengahan penggal, perdana menteri baharu dijangka akan meneruskan pentadbiran sehingga pilihan raya pada September 2021.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here