Lelaki dianggap hodoh kahwini isteri ketiga

0
399

DEMI CINTA… Godfrey Baguma yang dinobat sebagai manusia paling hodoh di dunia oleh Guinness World Record, dilaporkan baru sahaja berkahwin dan kali ini dengan isteri yang ketiga pula.

Menurut berita dari portal Uganda, lelaki berusia 47 tahun itu menikahi pasangannya dalam majlis perkahwinan yang meriah penuh warna-warni namun tidak diketahui tarikh tepat acara berkenaan.

Juga tidak didedahkan di manakah pesta tersebut berlangsung dan siapakah wanita ‘bertuah’ itu tetapi kisah ini tular dalam kalangan netizen hatta dapat liputan luas pelbagai media negara jiran.

Baguma mula dapat perhatian pelbagai pihak setelah berjaya menang pertandingan lelaki terhodoh tempatan pada 2002 yang disertai demi raih hadiah wang bagi menyara kehidupan ahli keluarganya.

Hasil kejayaan berkenaan, beliau sejak itu diberi gelaran sebagai Ssebabi dalam bahasa tempatan, Swahili yang bererti paling buruk daripada terburuk, lapor akhbar negara di tengah Afrika tersebut.

Ironinya, meskipun wajah amat hodoh, Baguma sebenarnya terkenal sebagai penyanyi dan antara selebriti popular di Uganda dengan salah satu lagunya ditonton lebih tiga juta kali di laman Youtube.

Dibesarkan neneknya setelah ditinggalkan ibu kandungnya sendiri kerana malu, Baguma menderita penyakit nadir yang dikenali sebagai fibrodysplasia dan mengakibatkan imej mukanya cukup jelik.

Pada 2015, lelaki ini dikurniakan bayi perempuan bongsu dengan isteri keduanya, Kate Namanda, 30, yang dinikahinya sekitar 2013 lalu iaitu anak kelima hasil perkahwinan dengan wanita terbabit.

Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai pelawak, pernah berkahwin dengan seorang wanita tetapi bercerai setelah isteri pertamanya tersebut curang dengan lelaki lain.

Mereka pada masa itu sudah pun ada dua anak dan beliau mendakwa bahawa pasangannya hanya berkahwin kerana mahu wang, namun jalin hubungan sulit dengan orang lain di belakang dirinya.

Ketika ini, Baguma yang bahagia memiliki tujuh orang anak, hidup bersederhana dengan menetap di pekan Kyazanga, daerah Lwengo, terletak kira-kira 111 kilometer dari tenggara ibu negara, Kampala.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here