Pandemik Covid-19 mundurkan pembangunan manusia dua dekad

0
248

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PENULARAN Covid-19 telah memundurkan dunia lebih 20 tahun dan mensia-siakan banyak aspek pembangunan manusia.

Hasil kajian oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates ini menyerlahkan dilema berpuluh juta orang di serata dunia yang berdepan dengan ketidakadilan, selain terpaksa bergelut dengan pelbagai penyakit dan kemiskinan.

Kesemua ini telah memberi kesan negatif kepada matlamat pembangunan lestari dunia yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor bbc.com.

Bercakap dalam wawancara khas bersama BBC semalam pengasas Microsoft Bill Gates berkata vaksin untuk Covid-19 mungkin akan dihasilkan pada awal 2021.

Apabila kejayaan ini dicapai Gates berkata semua lapisan masyarakat dunia perlu mendapatkan suntikan, terutama penduduk di negara-negara miskin tanpa diskriminasi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here