Asia menyaksikan kemelesetan ekonomi serantau pertama dalam 60 tahun 

    0
    227

    Oleh Fetty Rara

    BANK Pembangunan Asia (ADB) berkata pandemik Covid-19 kini mengakibatkan ekonomi negara-negara Asia meleset.

    Ini merupakan kali pertama sejak 60 tahun dunia menyaksikan “Asia Membangun” yang menjadi label kepada 45 negara serantau tidak lagi terpakai, lapor bbc.com.

    ADB juga mengunjurkan bahawa ekonomi Asia akan menguncup sebanyak 0.7% pada 2020.

    Bagaimana pun, bank tersebut berkata ekonomi Asia akan melonjak dan berkembang sebanyak 6.8% tahun depan.

    Kemas kini data ADB menunjukkan bahawa hampir tiga perempat daripada ekonomi serantau diunjurkan akan merosot tahun ini.

    India antara yang paling teruk terkesan, sementara China pula melawan arus.

    Asia Tenggara akan menyaksikan kejatuhan sebanyak 3.8%.

    Dalam pada itu negara-negara yang bergantung kepada sektor pelancongan akan berasa terhimpit dengan keadaan.

    Walaupun keadaan akan mula pulih tahun depan, namun sekiranya ombak kedua Covid-19 tidak ditangani dengan berkesan kemelesetan akan berpanjangan.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here