Rambut Abraham Lincoln dilelong nilai hampir RM336,000

0
219

BERSEJARAH… Seikat rambut bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Abraham Lincoln bersama sekeping telegram dengan ada kesan darah, berjaya dilelong pada nilai AS$81,250 (RM335,632).

Dua objek bersejarah itu dijual dalam satu acara lelongan awam pada 12 September lalu, menurut kenyataan agensinya, RR Auction yang berpusat di bandar raya ibu negeri, Massachusetts, Boston.

Menurut laporan stesen CNN, ikatan rambut sepanjang lima sentimeter itu dipotong ketika proses bedah siasat oleh Dr. Lyman Beecher Todd, sepupu kepada isteri Lincoln, Mary Todd Lincoln sendiri.

Hasil penjualan rambut mendiang Lincoln tersebut turut melebihi jangkaan pihak RR Auction yang anggar nilai rambut mantan pemimpin AS itu mungkin dapat dijual AS$75,000 (RM309,781) sahaja.

Bagaimanapun maklumat identiti pembeli berkenaan dirahsiakan oleh agensi lelongan itu atas sebab keselamatan tetapi dilaporkan pernah dijual beberapa kali dengan cubaan terakhir pada 1999.

Rambut itu diperoleh doktor tersebut setelah Lincoln mati sehari selepas ditembak oleh pemberontak, John Wilkes Booth ketika menonton persembahan di panggung Ford’s Theater di Washington DC pada 14 April 1865.

Jurucakap RR Auction, Mike Graff menyatakan bahawa rambut ini diberikan kepada Lyman yang kemudian dilampir dalam telegram Jabatan Perang Tentera AS dan dikirimkan oleh George Kinnear.

Agensi lelongan itu menjamin keaslian rambut tersebut kerana ia turut disahkan sendiri oleh anak lelaki Lyman iaitu James A. Todd, menerusi sekeping surat pengakuan bertarikh 12 Februari 1945.

Dalam surat berkenaan, beliau memaklumkan bahawa potongan rambut pemimpin tersebut adalah “secara sepenuhnya telah menjadi hak milik eksklusif keluarga kami sejak saat peristiwa besar itu”.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here