Malaysiaku,
Banggakah kau dengan Tanah Air ini?
Apakah hasrat Asal kau sudah tercapai?
Atau, ia masih diawang-awangan?

Malaysiaku,
Setelah 57 tahun Malaysia dibentuk — penyatuan Sabah serta Sarawak.
dan, Singapura sudah jauh maju Merdeka; apakah perasaan kamu?
Semakin makmurkah kamu, atau semakin mundurkah kamu?
Apakah masyarakat kamu betul-betul sudah bersatu?
Bahasa apa yang mereka gunakan?
Tulisan apa yang mereka gunakan?
Siapa yang semakin kaya, siapa yang semakin miskin?

Siapa yang asyik merungut “kami warga kelas kedua!”
Siapa yang asyik merungut “kami bangsa tercicir!”
Siapa yang asyik merungut “kami kaum tertindas!”

Malaysiaku,
Apakah kau masih gelisah?
Gelisah kaum,
Gelisah ekonomi,
Gelisah agama,
Gelisah pendidikan,
Gelisah politik.

Tepuk dada, tanya selera. Mana jatidiri kamu, mana jatinegara kamu?

Hakikatnya. Malaysiaku,
Perjalananmu masih jauh.
Penyatuanmu masih rapuh.

Cahaya belum lagi kelihatan di hujung terowong, sana…

Zaini Hassan
16 September 2020
Shah Alam

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here