Jumlah jangkitan Covid-19 di India melepasi paras 5 juta

0
224

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

JUMLAH jangkitan Covid-19 di India telah disahkan melepasi paras lima juta, justeru menjadikan negara itu kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Virus tersebut dilihat menular lebih pantas di India berbanding negara lain dengan kes harian sepanjang lima hari lalu mencatatkan 100,000 hingga hari ini, lapor bbc.com.

Lebih 80,000 kematian dilaporkan dalam keadaan pihak berkuasa kesihatan bergelut dengan kekurangan katil pesakit di wad penjagaan rapi (ICU) selain masalah bekalan oksigen.

Kadar kematian yang tinggi berlaku selari dengan tindakan kerajaan menarik balik sekatan di seluruh negara dalam usaha untuk melonjakkan ekonomi yang telah mengakibatkan berjuta rakyat kehilangan pekerjaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here