Pesawat Israel serang Gaza, Palestin  lancar roket

0
185

Oleh Fetty Rara

ROKET yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke arah bandar raya Ashdod di Israel mencederakan dua orang, sementara pesawat Israel menyerang beberapa sasaran di Gaza hari ini.

Serangan tersebut berlaku setelah hubungan rasmi bermula di antara Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, lapor cnbc.com.

Tentera Israel berkata mereka telah melancarkan kiar-kira 10 serangan udara ke atas Gaza yang dikuasai oleh kumpulan Hamas awal pagi tadi ketika tidak kurang daripada 15 roket dilancarkan ke atas beberapa penempatan Yahudi berhampiran sempadan Israel dan Palestin.

Serangan oleh kedua-dua pihak itu berlaku ketika Israel sedang menandatangani perjanjian bersama UAE dan Bahrain di White House bagi mewujudkan hubungan diplomatik.

Palestin menyifatkan perjanjian tersebut sebagai mengkhianati perjuangan mereka untuk menubuhkan negara berdaulat di wilayah Tebing Barat dan Gaza yang dikuasai oleh Israel.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here