Doa untuk Tun Arshad Ayub dan Toh Puan Zaleha Arshad

fotoBERNAMA
(Sempena penganugerahan Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun)

 

Oleh Hashim Yaacob dan Adi Sukma

YA Al-Bashir, Ya Al-Adzhiim, Tuhan yang Maha Menatap dan yang Maha Agung,

Tataplah akan tadahan tangan-tangan kami, memohon dengan ikhlas dan ikram kepadaMu supaya Memberikan Berkat kepada ayahanda Arshad Ayub, dan bonda Zaleha Mohd Arshad serta keluarganya.

Berikanlah kepada mereka Asholat Khusu’ Wal Khudu’, ilmu ma adzikir,

Ya Allah, di dalam solat, mereka sering mengucap Robbiqhfirli, memohon keampunanMu
Ya Allah. Ya Al-Ghaffaar, Tuhan Yang Maha Pengampun, Ampunkanlah mereka.

Mereka mengucap Warhamni, memohon supaya Engkau Menyayangi mereka.
Ya AR-Rahman, Ya Ar-Rahim, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, Sayangi dan Kasihilah mereka.

Mereka mengucap Wajburni, memohon supaya Engkau Menutup aib mereka.
Ya Al-Hafidz, Tuhan Yang Maha Pelindung, Tutuplah aib mereka sebusuk mana pun.

Mereka mengucap Warfa’ni, memohon Engkau Mengangkat darjat mereka.
Ya Al-Wahhaab, Ya Ar-Raafi’ Tuhan Yang Maha Pemberi, dan Maha Pengangkat kedudukan, Angkatlah darjat mereka di dunia dan akhirat.

Mereka mengucap Warzukni, memohon Engkau Memberikan mereka rezeki.
Ya Ar-Razzaaq, Ya Al-Basith Yang Maha Pemberi Rezeki, dan Pelapang Kehidupan, Berikanlah mereka rezeki yang halal dan kelapangan kehidupan mereka di dunia ini.

Mereka mengucap Wahdini, memohon Engkau Memberikan petunjuk kepada mereka.
Ya Al-Haadi, Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar, iaitu ke jalan Ihdinassiro talmustakim, sirotallazim na an am taalaihim, iaitu jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau Kurniakan nikmat.

Mereka mengucap Wa’afini, memohon mereka Diberikan kesihatan.
Ya Al-Muqiit, Ya Al-Mujiib, Tuhan Yang Maha Memberi Keperluan, Tuhan Yang Maha Mangabulkan, Kabulkan mereka kesihatan dan usia yang berpanjangan.

Mereka mengucap Wa’fuanni, memohon kemaafan daripada Engkau.
Ya Al-Ghafuur, Tuhan Yang Maha Memaafkan, Maafkanlah mereka.

[Ya Allah Ya Zaljala liwal ikram, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat. Maka kami pohon keampunan kepada Engkau atas segala kesalahan kami.

Bukakanlah lembaran baru yang bersih kepada kami, menggantikan lembaran kelam di masa silam.

Amiin, Ya Robbul Aalamiin.]

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here