Kita suka pilih ahli politik kurang cerdik

0
664

Oleh Azizi Ahmad

KETIKA sibuk berkempen pilihan raya, terdapat kemungkinan kita atau rakyat tersalah pilih kerana mekanisme psikologi menyebabkan ahli politik atau wakil rakyat ‘yang tidak sepatutnya’ dipilih akhirnya terpilih.

Bayangkan apabila jika kita memilih pembuat dasar yang tidak baik, sering berubah fikiran atau membuat pusingan U. Mereka sebenarnya ahli politik yang lemah dan tidak sesuai untuk memimpin.

Sudah lama kita melihat telatah ahli-ahli politik ‘berbohong’, dan ia terus berlanjutan.

Namun begitu, tidak dinafikan terdapat mereka yang jujur dan bersedia menerima pendapat yang tidak menyebelahi mereka.

Bukan semua ahli politik ‘tidak cerdik’ (walaupun definisi anda tentang ‘tidak cerdik’ mungkin berbeza), tapi apa yang pasti ramai rakyat dan pengundi telahpun menderita apabila mereka ini menjadi pilihan.

Bahkan sebilangan yang dilantik menjadi Menteri dan timbalan Menteri juga didapati ‘kurang bijaksana’ tetapi mereka tetap menjadi ‘yang bertanding’ pada pilihan raya.
Secara logiknya, kita atau semua mahukan orang pintar yang mentadbir negara dengan cara yang terbaik.

Kesan Dunning-Kruger menunjukkan bahawa orang yang kurang cerdas biasanya dilihat sangat menyakinkan berbanding mereka yang lebih pintar. Memiliki keyakinan tinggi adalah penting dalam survival politik.

Mereka yang memiliki keperibadian yang kurang cerdas didapati lebih yakin, bijak memujuk dan sebagainya.

Kita sering terpedaya dengan subjek dan perbincangan intelektual dan kompleks dalam apa jua keadaan.

Malah, Parkinson’s Law of Triviality menunjukkan orang biasanya akan menghabiskan lebih banyak masa dan usaha kepada suatu perkara remeh yang mereka fahami berbanding perkara yang sebaliknya.

Majoriti orang terdedah kepada banyak kecenderungan bawah sedar, prasangka, stereotaip dan lebih suka “kumpulan” mereka sendiri.

Ramai yang suka akan perkara tidak logik dan biarpun selalu tidak disokong oleh bukti dan kenyataan yang sebenarnya, dan orang benar-benar tidak suka diberitahu perkara yang mereka tidak mahu dengar.

Sehubungan itu, seseorang yang lebih cerdas apabila mengatakan perkara rumit yang mengandungi fakta yang tidak selesa (tetapi tepat) tidak akan mampu menarik minat sesiapa, lain halnya pula bagi mereka kurang cerdas.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here