Kampung People temui penonton, malam ini

0
400
Siri bertemakan kekeluargaan, Kampung People 2 bakal menghiburkan penonton tanah air bermula malam ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

HASIL kerja pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin tidak perlu dipertikaikan lagi kerana namanya cukup sinonim dengan drama bersiri Keluarga Iskandar dan Kampung People.

Kedua-dua siri televisyen yang menampilkan tema kekeluargaan menjadi bualan ramai kerana jalan cerita yang diketengahkan begitu telus dan dekat dengan masyarakat tempatan.

Kampung People yang memaparkan gandingan mantap Rashidi Ishak dan Elly Mazlein bukan saja berjaya mencuri perhatian peminat drama Melayu malah ia juga tular dan menjadi sebutan hangat di laman sosial sepanjang siaran itu pada November 2019.

Drama Kampung People arahan Wan Hasliza itu kembali dengan musim keduanya bermula malam ini (17 September) menerusi slot Lestary, pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam di TV3.

Masih mengekalkan barisan pelakon asal iaitu Rashidi Ishak (Razif), Elly Mazlein (Mona), Riena Diana (Laila), Kamarul Eqifshah (Imran/Yummy), Hun Haqeem (Jaafar), Datuk Fizz Fairuz (Ejen Shukri), Namron (Tuan Shuhaimi) serta diserikan lagi dengan kemunculan Adibah Noor (Dona), Haziq Fadhullah (Karim) dan Kismah Johar (Madamme Mah).

Elly Mazlein melakonkan warak Mona.

Untuk musim kedua, keluarga Razif kembali menjalani rutin kehidupan lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan.

Namun pada waktu yang sama, Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung dan Laila pula merindui Jaafar.

Demi memujuk isterinya Mona, Razif telah berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera. Yummy dan Mona sedar bahawa Razif dan Laila hanya berbohong.

Tanpa disangka, gurauan Razif bakal bertukar menjadi mimpi buruk. Percubaan membunuh oleh anak Tuan Shuhaimi telah mengejutkan pihak polis dan Ejen Shukri kembali untuk menyelamatkan keluarga Razif.

Rashidi Ishak sebagai Razif dan Kamarul Eqifshah melakonkan watak Yummy.

Barulah Razif sedar, Cengkih Manis masih wujud. Tuan Shuhaimi mendapat lawatan dari ibunya, Madamme Mah yang merupakan ketua Cengkih Manis yang sebenar. Mereka belum berputus asa untuk mencari duit yang pernah disembunyikan oleh Razif.

Di Kampung Sinaran Baru, Razif mendapat seorang pekerja baharu, Karim yang ringan tulang dan disenangi oleh Razif serta popular dalam kalangan orang kampung.

Adakah hubungan cinta antara Laila dan Jaafar, lakonan Riena Diana dan Hun Haqeem berkekalan?.

Sementara itu, Laila dan Jaafar mengambil keputusan untuk berkahwin, namun hubungan mereka diuji dengan kehadiran Karim sehingga Laila mengambil keputusan untuk berpisah.

Untuk mengetahui apa yang terjadi kepada keluarga Razif penonton harus menonton drama Kampung People 2 setiap minggu.

Para penonton juga boleh ikuti Lestary: Kampung People 2 menerusi perkhidmatan TV Internet (OTT) iQIYI di laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here