Sakinah temui cinta baharu

0
529
Sharifah Sakinah masih aktif berlakon biarpun sibuk dengan program fitness.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

DALAM setiap foto yang dimuat naik oleh Sharifah Sakinah di Instagram peribadinya, tiada satu pun yang terlepas daripada cercaan warganet. Ada saja yang tak kena pada pandangan netizen.

Bagusnya tentang Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, beliau jarang membalas balik komen negatif daripada orang lain.

Beliau lebih suka bersikap positif dan paling penting, tidak hipokrit walaupun orang nampak perangainya seperti ‘gila-gila’.

Tatkala ditanya tentang kisah peribadinya selepas bercerai dengan bekas suami Aliff Adha pada Mei lalu, Sakinah yang awalnya enggan bercerita perihal tersebut, tetap memberi kerjasama baik kepada pihak media.

Sakinah yang ditemui pada majlis mengumumkan pemenang cabaran menurunkan berat badan dalam tempoh 18 hari anjuran produk kesihatan, Whollyfitz, mengakui buat masa sekarang, hatinya kembali berbunga.

“Hari tu lagi, aku cakap jangan tanya pasal peribadi (sewaktu pelantikannya sebagai duta Whollyfitz). Lepas tu bila keluar cerita tetap soal peribadi. Okey la, tolong kawan-kawan.

Mengakui kehidupannya kini bahagia selepas temui cinta baharu selepas tamat idah.

“Sekarang aku memang happy. Aku ni jenis telus (transparent) dan kalau betul aku mengaku je la. Memang ya lah. Jangan cakap bahasa yang dia faham. Cakap 100 peratus bahasa Melayu tau, takut dia faham pula nanti,’ katanya bergurau.

Pelakon itu secara berseloroh minta kawan-kawan media bercakap Melayu kerana cinta hati baharunya adalah jejaka Inggeris.

Enggan membiarkan pihak media berteka-teki, secara jujur Sakinah memberitahu beliau mula mengenali jejaka tersebut selepas tamat idah.

“Jumpa di gim (gimnasium) ke? tanya media.

“Jangan sebut gim, sebut pusat senaman,” katanya yang mencetuskan gelak ketawa sepanjang temu bual tersebut.

Jelas pelakon telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka itu, beliau selesa berkawan dengan lelaki berusia 41 tahun itu yang turut menemaninya sewaktu majlis tersebut.

“Kami memang kamceng la. Satu hari jadi yang sama tapi 10 tahun berbeza usia daripada dia. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati,” katanya tanpa berselindung.

Biarpun Sakinah bergilir-gilir menjaga anaknya, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun, jadual kerjnya tetap sibuk kerana masih terikat dengan program Fit Malaysia X sehingga Mac 2021.

Sharifah Sakinah sekarang ini menjalin hubungan dengan seorang lelaki Inggeris.

“Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami. Anais masih terlalu naif untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami. Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak,” katanya.

Beliau yang digelar Mak Tiri sewaktu membimbing 23 peserta program cabaran 18 hari Whollyfit berkata, sesiapa saja boleh kurus dengan syarat menjaga pemakanan.

Katanya, faktor utama yang menyebabkan berat badan tidak boleh turun adalah kerana cara pemakanan yang tidak sihat.

Sharifah Sakinah berkongsi ilmu dengan 23 peserta program 18 hari cabaran Whollyfitz.

“Buat latihan dan jaga makan itu yang paling penting. Kalau tak jaga makan, kena lari, kalau tak lari kena ambil detox. Kalau nak detox secara semulajadi kenalah makan buah dan sayuran saja, tapi sah-sah orang kita sukar nak boleh. Sebab itu kena ada produk seperti Whollyfitz.

“Saya tak pernah salah makan tapi bila tersalah makan saya ambil Whollyfitz Flush. Saya ambil Whollyfitz yang kawal nafsu makan tu. Saya tak ambil hari-hari. Saya yakin dengan produk ini dan sebab itulah saya bersetuju menjadi duta.

“Sebenarnya dalam tempoh 18 hari mengajar peserta untuk mengawal pemakanan mereka memang susah. Semua itu memerlukan semangat yang kuat. Walaupun terbabas makan tapi dengan Whollyfitz Flush, masalah dapat diselesaikan,” katanya yang turut menggunakan produk berkenaan apabila tidak dapat mengawal nafsu makan.

-BebasNewsh
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here