Xinjiang: China pertahan kem ‘pendidikan’

0
386

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

CHINA terus mempertahankan dasar kontroversi di Xinjiang beberapa hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan sekatan import ke atas barangan yang di hasilkan di wilayah tersebut.

Sejak beberapa tahun ini Beijing dikecam oleh masyarakat antarabangsa kerana mewujudkan rangkaian kem tahanan untuk kaum minoriti Islam di wilayah tersebut, lapor bbc.com.

Bagaimana pun satu dokumen baharu mendedahkan tentang berjuta pekerja yang didakwa mendapat ‘manfaat’ daripada ‘latihan vokasional dan pendidikan’ yang diberikan oleh pihak penguasa komunis China.

Berikutan itu, Amerika Syarikat yang menyifatkan kem-kem tersebut sebagai hanya kem tahanan telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas ahli politik China.

Pada awal minggu ini AS mengambil langkah lebih drastik dengan mengenakan sekatan import ke atas barangan dari wilayah Xinjiang yang dikatakan hasilkan titik peluh buruh paksaan kaum Muslim.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here