Jangkitan Covid-19 global kini cecah lebih 30 juta

0
314

Oleh Fetty Rara

ANGKA kes jangkitan Covid-19 yang disahkan di serata dunia kini telah melebihi 30 juta.

Menurut John Hopkins University di Baltimore Amerika Syarikat sebanyak 940,000 kematian dicatatkan sejak wabak tersebut mula menular di China pada akhir tahun lalu.

Menurut bbc.com negara yang paling teruk terkesan ialah AS, India dan Brazil, sementara lonjakan jangkitan semakin ketara di Eropah.

Susulan itu kebanyakan negara di hemisfera utara kini sedang bersiap sedia untuk berdepan dengan ombak kedua Covid-19 menjelang tibanya musim sejuk.

Di United Kingdom kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah lebih menyeluruh, termasuk melaksanakan semula pelbagai sekatan.

Di luar Eropah, Israel telah mengenakan perintah ‘lockdown’ di seluruh negara bermula semalam.

Langkah tersebut merupakan yang pertama diambil oleh sebuah negara maju.

Benua Afrika mencatatkan lebih sejuta kes walaupun sejauh mana wabak tersebut menular masih belum dapat dipastikan kerana kadar ujian ke atas orang ramai masih rendah.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here