Jangan salahkan kerajaan PH potong elaun nelayan, bekas menteri beritahu Muhyiddin

    0
    482
    FOTO: Wikimedia Commons.

    BEKAS menteri pertanian dan industri asas tani, Salahuddin Ayub mengingatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin supaya tidak menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu yang turut dianggotainya atas keputusan mengurangkan elaun sara hidup nelayan daripada RM300 kepada RM250 sebulan.

    Ahli Parlimen Pulai itu berkata, sebagai menteri dalam Kabinet ketika itu, Muhyiddin sebenarnya tahu sebarang keputusan kerajaan ialah keputusan kolektif Kabinet.

    “Ketika menjadi menteri ketika itu, saya sentiasa risau dan meminta kerajaan menaikkan elaun sara hidup nelayan kepada jumlah asal, iaitu RM300.

    “Saya gembira apa yang saya perjuangkan dulu, tak sempat jadi kenyataan, tetapi telah disempurnakan hari ini. Cuma dia (Muhyiddin) tak bolehlah salahkan kerajaan dahulu kerana dia juga ada dalam Kabinet ketika itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

    Semalam, Muhyiddin mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bagi mengurangkan beban golongan itu yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

    Beliau dalam sebuah majlis di Beaufort, Sabah berkata, sewaktu PH mentadbir negara, Warisan sebahagian daripada PH dan ketika itu, elaun sara hidup nelayan dipotong daripada RM300 kepada RM250.

    Skim itu, antara lain, memberi bantuan geran, elaun, skim ternakan dan zakat kepada peladang, penternak serta nelayan yang layak dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup golongan itu.

    Ditanya sama ada janji yang ditabur Muhyiddin itu sebagai taktik memancing undi, Salahuddin berkata, sudah tentu tanggapan umum mengenai apa saja janji yang dibuat dalam pilihan raya akan dianggap memancing undi.

    “Apa yang penting bagi saya, kira-kira 40,000 nelayan di negara ini dapat manfaat,” katanya.

    https://bit.ly/35TJqLE
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here