Tik Tok, WeChat: AS haramkan muat turun aplikasi dalam 48 jam

0
443

Oleh Fetty Rara
TIK TOK dan WeChat akan diharamkan daripada app store AS mulai hari ini (Ahad).

Jabatan Perdagangan AS berkata pengguna akan disekat memuat turun kedua-dua aplikasi pemesejan dan perkongsian video tersebut daripada mana-mana stor aplikasi melalui apa jua platform sekali pun, lapor bbc.com.

Pentadbiran Trump berkata kedua-dua syarikat pemilik aplikasi berkenaan mengancam keselamatan AS dan boleh menyalurkan data pengguna ke negara China.

Bagaimana pun, dakwaan tersebut dinafikan oleh China dan kedua-dua syarikat.

WeChat akan ditutup sepenuhnya di AS esok, tetapi pengguna masih boleh menggunakan Tik Tok sehingga 12 November sebelum diharamkan sepenuhnya.

Tik Tok terus mencabar tindakan AS itu dan berkata mereka telah pun melaksanakan beberapa lapisan ketelusan berikutan kebimbangan yang disuarakan oleh pentadbiran Trump.

Tetapi sekiranya rancangan perkongsian di antara syarikat AS Oracle dengan pemilik Tik Tok, ByteDance dipersetujui dan diluluskan oleh Trump, aplikasi tersebut tidak akan diharamkan.

Akur bahawa Tik Tok merupakan sebuah syarikat luar biasa yang amat popular, Trump berkata beliau yakin persetujuan akan dicapai di antara kedua-dua syarikat itu.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here