Air pasang besar melimpah ke daratan

    0
    382

    Oleh Arrazaq Nazri
    KUALA LANGAT — Air laut di Pantai Kelanang di sini mula melimpahi kawasan daratan sejak fenomena air pasang besar bermula Jumaat lalu.

    Menurut Penyelaras Skuad PANTAS Majlis Perbandaran Kuala Langat, Miskon Karim, pada pukul 7.53 bagi berlaku kenaikan aras air laut setinggi 5.6 meter di pantai tersebut.

    “Semalam aras air laut naik hingga 5.7 meter tetapi air tidak sampai melimpah ke daratan. Beberapa pokok rhu di tepi laut telah tumbang.

    Miskon Karim sedang memberi taklimat operasi Skuad PANTAS di Pantai Kelanang.

    “Pagi ini walaupun aras air laut menurun dan kurang angin bertiup, namun air telah melimpah di sebelah kawasan pantai ini,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Miskon yang juga Penolong Setiausaha MPKL berkata, kira-kira 10 anggota PANTAS akan memantau sebarang perubahan di sepanjang Pantai Cunang, Batu Laut, Tanjung Sepat, Pantai Kelanang dan Pantai Morib.

    Katanya lagi, segala persiapan rapi telah dibuat sekiranya limpahan air menyebabkan perumahan penduduk terkesan.

    Miskon Karim sedang meninjau air pasang besar yang sedang mula melimpah ke daratan di Pantai Kelanang di sini.

    “Buat masa ini selain daripada limpahan air di Pantai Kelanang terdapat limpahan air di kawasan tangga Pantai Morib.

    “Buat masa ini Pantai Morib telah ditutup kerana semalam ada sebahagian benteng pemecah ombak telah pecah,”katanya.

    Baru baru ini media tempatan melaporkan, paras air laut di sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dijangka berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter (m).

    Unit Pengurusan Bencana Negeri menjangka kejadian itu berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November.

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here