Abu Samah gembira kehadiran Khairy 

0
550
HAIRY Jamaluddin (duduk, tengah) bergambar dwngan ahli jawatankuasa NSCA, 19 September 2020.

MENTERI, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (NSCA) dalam mesyuarat agung tahunan sesi 2020-22 pada 19 September 2020.

Semua senarai ahli jawatankuasa NSCA bukan main senyum lagi dalam sesi rakaman foto selepas mesyuarat berkenaan. Paling kuat senyum ialah timbalan presidennya Yunus Ibrahim yang juga timbalan kepada Abu Samah Abdul Wahab; Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Tidak dapat dinafikan Khairy popular dan amat meminati sukan basikal sejak menjadi Menteri Belia dan Sukan tahun 2013 hingga 2018. Dia antara yang memperkenalkan kegiatan Fit Malaysia dan membentuk kumpulan pelumba basikal remaja kebangsaan.

Sekarang menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional ini dilihat bakal dan boleh menggantikan Abu Samah yang mengepalai PKBM sejak tahun 1990 itu.

Memang betul, Khairy sendiri mengakui bahawa dia bercadang menduduki kerusi paling atas dalam PKBM itu.

Difahamkan Abu Samah mengalu-alukan penyertaan Khairy dalam NSCA. Di samping itu dia menasihatkan menteri itu menduduki kerusi ahli majlis dalam badan kebangsaan itu dahulu untuk sekurang-kurang satu tahun sebelum boleh bersaing dalam mesyuarat agung pemilihan PKBM tahun 2022. Ini berpandukan kepada peruntukan perlembagaannya.

NSCA tentu akur dengan peruntukan itu dan pasti mengemukakan cadangan dalam mesyuarat agung 19 September 2020 bagi menempatkan Khairy selaku ahli majlis dalam PKBM. Sebanyak 17 jawatan ahli majlis disediakan untuk gabungan PKBM.

Ramai juga yang mengalu-alukan Khairy untuk menggantikan Abu Samah yang sudah 30 tahun menduduki kerusi presiden. Tetapi ia bukanlah laluan senang untuk mengetepikannya kecuali berbincang bagi memohon persetujuan agar dia boleh berehat sahaja pada tahun 2022 dan seterusnya.

Bagi Abu Samah, dia sanggup bertarung dengan Khairy atau sesiapa sahaja kalaulah masih diperlukan atau kesihatannya mengizinkan. Abu Samah adalah bekas pelumba Melaka tahun 1960-an dan anak kepada seorang tauke kilang papan.

Khairy juga dilihat boleh mengetuai Majlis Olimpik Malaysia (OCM) kerana pernah memegang jawatan peringkat kebangsaan. Dia menjadi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007-2010.

Jika ini berlaku, ketua OCM sekarang Norza Zakaria diharap memberi laluan kepada Khairy. Jika Norza enggan jawatannya digugat, persaingan sengit bakal berlangsung, Ingat presiden atau setiausaha OCM tinggi kedudukannya di peringkat antarabangsa.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here