Surat mengandungi racun Ricin dialamatkan kepada Trump di White House

0
301
FOTO: Wikimeia Commons/AgnosticPreachersKid / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SATU bungkusan mengandungi racun ricin yang dialamatkan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah dipintas sebelum sampai kepada penerima.

Menurut pegawai White House surat tersebut ditemui di pusat saringan komunikasi White House pada awal minggu ini, lapor bbc.com.

Setelah diperiksa bungkusan itu didapati mengandungi racun ricin yang diperoleh daripada kacang jarak.

Setakat ini White House belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Rahsia AS (Secret Service) sedang menyiasat dari mana bungkusan tersebut dihantar dan sama ada terdapat bungkusan lain dihantar melalui sistem pos AS.

Semalam jurucakap FBI memberitahu CNN bahawa pada peringkat ini belum diketahui sama ada ia mengancam keselamatan awam.

Seorang pegawai memberitahu akhbar The New York Times bahawa pihak penyiasat percaya bungkusan itu dihantar dari Kanada.

Racun ricin merupakan racun berbahaya yang sekiranya ditelan, dihidu atau disuntik ke tubuh boleh menyebabkan loya, muntah, pendarahan dalaman dan kegagalan organ.

Sehingga kini belum ditemui sebarang penawar untuk racun ricin yang boleh membunuh mangsa dalam 36 hingga 72 jam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here