SKMM mulakan siasatan terhadap pakej Unifi TM

    0
    1820

    KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan terhadap aduan pengguna berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan Telekom Malaysia Berhad (TM).

    Menurut SKMM, butiran aduan menyatakan, ketika pelancaran bulan lalu, TM menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps.

    “Setelah meneliti semula laman sesawang jualan rasmi pihak TM, pengadu mengesan pakej tersebut telah berubah sejak 2 September 2020, dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Sebelum ini, beberapa portal berita dalam talian turut melaporkan aduan tersebut yang menyifatkan pengguna terpedaya dengan tawaran yang dibuat dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu.

    MCMC menegaskan, jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan.

    ANTARA kelajuan yang diperoleh seorang pelanggan Unifi 500Mbps hari ini…jauh lebih rendah berbanding apa yang dinyatakan.

    “Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuatkuasakan MCMC memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi.

    “Pihak MCMC memberi jaminan siasatan isu ini akan dijalankan secara telus dan adil,” tambahnya.

    Baca lagi: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mcmc-mulakan-siasatan-terhadap-pakej-unifi-tm-260154
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here