52 jangkitan baru Covid-19, Sabah tertinggi dengan 36 kes

0
416

52 KES baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 36 daripadanya direkodkan di Sabah, sekali gus menjadikan negeri itu kembali mencatatkan kes harian paling tinggi.

Daripada jumlah itu, 40 merupakan penularan tempatan dan 12 kes import.

Tiada kematian baru direkodkan hari menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 130 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 734 pesakit sedang dirawat di hospital.

Beliau berkata, sehingga kini 10 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 2 memerlukan bantuan pernafasan.

40 pesakit dilaporkan pulih hari ini.

Kes positif Covid-19 yang direkodkan di Malaysia sehingga kini berjumlah 10,219 dan kes sembuh 9,355 orang.

Noor Hisham berkata, daripada 40 penularan tempatan, 26 membabitkan warganegara dan 14 bukan warganegara.

“Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut: di Sabah 36 kes, dengan 27 kes daripada kluster Benteng LD yang melibatkan 15 warganegara dan 12 bukan warganegara; 2 kes daripada kluster Selamat yang melibatkan warganegara tempatan; 1 kes daripada kluster Pulau yang melibatkan warganegara tempatan; 1 kes daripada kluster Bakau yang melibatkan warganegara tempatan; 1 kes saringan komuniti Semporna yang melibatkan warganegara tempatan; 1 kes saringan prapembedahan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan bukan warganegara; 1 kes saringan sebelum masuk kerja yang melibatkan bukan warganegara dan 2 kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan warganegara tempatan.

“Di Kedah 3 kes saringan komuniti di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di daerah Kota Setar yang melibatkan warganegara tempatan.

“Di Pulau Pinang 1 kes daripada kluster Ara, iaitu kluster baru yang melibatkan warganegara tempatan,”katanya

Sementara itu,12 kes import yang dilaporkan hari ini melibatkan 3 warganegara dan 9 bukan warganegara.

https://bit.ly/2FNQNtF
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here