Amaran ribut petir di beberapa kawasan sehingga 9 malam ini

0
3443
FOTO: Wikimedia Commons/Andy Mitchell from Glasgow, UK / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0)

KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bersama hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri yang terlibat dengan amaran itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beberapa kawasan yang dijangka turut mengalami cuaca serupa di Kedah adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu selain Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak, kata kenyataan itu.

Selain itu, di Kelantan kawasan seperti Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor juga akan mengalami cuaca buruk.

Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Di Sarawak, kawasan yang mungkin terkesan ialah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Kapit  (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang serta kawasan pedalaman, pantai barat,  (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here