Kilang haram tepi sungai tidak akan diputihkan-Ng Sze Han

0
255
Ng Sze Han

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Kilang haram yang terletak di tepi sungai yang berisiko menyebabkan pencemaran tidak akan diputihkan sama sekali sebagaimana keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor September tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, jika ia terletak di atas rezab sungai ia perlu dipindahkan.

“Kita masih belum tahu berapa banyak kilang perlu berpindah kerana kawasan tadahan air itu besar. Sebagaimana yang saya beritahu pada sidang Dewan Undangan Negeri Julai lalu tempoh pemutihan kekal hingga hujung tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Daerah Klang hari ini di Majlis Perbandaran Klang.

Mengulas mengenai pencemaran sungai hingga menyebabkan ia menjadi hitam di Rawang kelmarin, apa yang berlaku sebenarnya bukan melibatkan sungai utama tetapi cabang anak sungai.

Jelasnya lagi, pencemaran yang masih belum dipastikan puncanya itu, berkemungkinan besar daripada kilang tanpa kebenaran atau kumbahan daripada Indah Water Konsortium (IWK).

“Saya bukan menuduh IWK, tetapi kumbahan itu juga kemungkinan satu punca dan kilang berlesen pun ada kemungkinan jika mereka tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS),”katanya.

Beliau menambah, apa yang pasti kilang yang berisiko pencemaran memang tidak sesuai dan perlu dipindahkan ke satu lokasi yang sesuai dengan mematuhi syarat teknikal khususnya alam sekitar.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here