Covid-19: UK batal rancangan benarkan penonton untuk acara sukan pada Oktober

0
376

Oleh Fetty Rara

RANCANGAN untuk membenarkan penonton bagi acara sukan di England bermula Oktober depan telah dibatalkan.

Menurut menteri pejabat kabinet Michael Gove rancangan percubaan bagi membenarkan hanya 1,000 penonton pada setiap acara terpaksa dikaji semula pada awal bulan ini berikutan kenaikan mendadak jumlah jangkitan Covid-19, lapor bbc.com.

Graf berjaga-jaga untuk Covid-19 di UK kini telah berganjak kepada angka 4 yang bermakna risiko jangkitan amat tinggi atau sedang naik dengan mendadak.

Sehubungan itu Perdana Menteri Boris Johnson akan mengumumkan langkah-langkah baharu hari ini.

Bercakap dalam satu rancangan BBC pagi tadi, Gove mengesahkan bahawa rancangan untuk membenarkan penonton pada acara sukan secara berperingkat akan ‘ditangguhkan’.

Sebahagian besar acara sukan di UK diadakan secara tertutup sejak perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan bermula Mac lalu, termasuk bola sepak Liga Premier, final Piala FA, Kriket Test England dan dua acara lumba kereta Formula 1 di Silverstone.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here