Bubar sahaja Parlimen, rakyat dahagakan mandat baharu…

1
4579

Oleh Ir Mohd Zin Mohamed

DRAMA politik terbaharu yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim terus membangkitkan kegelisahan kepada rakyat dan negara.

Orang-orang politik nampaknya terus mencetuskan porak-peranda kepada negara.

Sama ada betul atau tidak drama itu, bukan persoalan tetapi ia menunjukkan bahawa kerajaan yang ada ini pun terlalu rapuh.

Muhyiddin Yassin masih gagal memantapkan penguasaan politiknya. Gagasan politiknya pun masih tidak menentu.

UMNO masih lagi dipimpin oleh “orang yang bermasalah” — yang menghadapi kemelut peribadi.

Ada juga diberitahu antara “pakej” untuk penyatuan gagasan politik Muhyiddin ialah dengan “melepaskan aku daripada pertuduhan”?

Benarkah? Hanya Allah yang mengetahui.

Tetapi mengapa kes mereka masih berjalan? Jika berjalan, maka Muhyiddin seakan-akan tidak endah dengan permintaan mereka?

Yang pasti, pemimpin yang bermasalah itu tidak akan mendiamkan diri. Mungkin juga bagi menyelamatkan “tengkuk” masing-masing ialah dengan bersatu dengan Anwar.

Oleh itu, berlakulah kacau-bilau kepada rakyat dan negara.

Bagi Anwar pula, sebelum dia mati, dia harus menjadi PM. Maka Si Luncai Pun Terjunlah Dengan Labu-Labunya. Semua pihak cuba mahu menangguk di air yang keruh.

Ya Allah, kau selamatkanlah negara ini.

Solusi terbaik sekarang, jika benarlah berlaku pergerakan itu oleh Anwar, ialah: Bubarkan Parlimen dan beri mandat semula kepada rakyat untuk menentukan hala-tuju negara ini.

Jika Anwar ditakdirkan mempunyai majoriti sekali pun, negara akan tetap huru-hara kerana puak yang satu lagi tidak akan berdiam diri.

Rakyat sudah bosan, muak dan letih dengan drama ini!

— BebasNews
– Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed ialah bekas Ahli Parlimen Sepang dan mantan Menteri Kerjaraya.
Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Betul pun bubar saja parlimen yang ada dengan melangsungkan pilihan raya supaya rakyat boleh memilih kerajaan baru yang mereka kehendaki. Dengan itu tidak akan ada lagi tohmahan sesetengah pihak kononnya dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen yang ada untuk menubuhkan kerajaan baru menggantikan kerajaan pimpinan TS Muhyidin Yassin yang memerintah sekarang ini. Apabila pilihanraya baru ini diadakan maka rakyat tentunya sudah boleh memilih parti mana yang mereka mahu menerajui negara ini. Tak perlulah lagi ada dakwaan orang orang tertentu kononnya mereka mempunyai sokongan secukupnya dari anggota parlimen yang ada untuk membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan yang ada sekarang. Inilah saja jalan keluar yang perlu dilakukan supaya tidak lagi timbul pelbagai dakwaan termasuk yang tidak dapat diterima akal. Habis cerita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here