China paksa beribu rakyat Tibet masuk kem buruh paksaan – Laporan

0
488

Oleh Fetty Rara

CHINA memaksa beratus ribu rakyat Tibet masuk ke kem tahanan yang menurut pakar adalah kem untuk buruh paksaan.

Menurut yayasan Jamestown Foundation yang mengumpul laporan media rasmi, dokumen dasar, imej satelit dan Reuters, apa yang didakwa itu ada kesahihannya, lapor bbc.com.

Kajian yang dibuat juga membandingkan keadaan dengan apa yang sedang berlaku ke atas kaum Muslim Uighur di wilayah Xinjiang.

Setakat ini kerajaan China belum lagi memberi komen tentang perkara tersebut.

Sebelum ini Presiden China Xi Jinping pernah melancarkan program besar-besaran untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan pekerja luar bandar di China pada tahun ini.

Tibet yang berkedudukan terpencil di pergunungan Himalaya dikuasai oleh China sebagai sebuah wilayah berautonomi.

Sejak berpuluh tahun wilayah tersebut dimangsakan oleh China melalui sekatan amalan budaya dan kebebasan beragama.

Presiden Tibet dalam buangan, Lobsang Sangaypernah membangkit tentang isu rakyat wilayah itu dipaksa memasuki kem-kem buruh paksaan yang menurut China adalah pusat pendidikan semula.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here