9 pasukan berisiko tersingkir daripada Liga Super, Perdana 2021

0
735
UiTM FC masih pada peringkat awal proses penswastaan pasukan sedangkan tarikh akhirnya 30 September ini. - Foto FB UiTM FC

Oleh Abdul Hafiz Ahmad

SEMBILAN pasukan Liga Super dan Perdana berdepan risiko tersingkir daripada kedua-dua pertandingan itu mahupun pada peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan jika gagal melengkapkan proses penswastaan dan pemisahan daripada persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC).

Mereka ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC yang masih pada peringkat awal proses berkenaan manakala enam lagi pasukan sama ada pada peringkat akhir atau pertengahan.

“Selangor, Kelantan dan Felda United FC dalam peringkat akhir sementara Pahang, Pulau Pinang dan Kedah pada peringkat pertengahan proses.

Sembilan pasukan ini turut diberikan peringatan terakhir, semalam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Firdaus Mohamed dalam siaran media hari ini.

PDRM juga antara sembilan pasukan berisiko tersingkir daripada Liga Super dan Perdana 2021. – Foto FB PDRM FA

Tegasnya, FAM tidak boleh menganjakkan tarikh akhir proses berkenaan yang ditetapkan 30 September ini malah mengingatkan pihak pengurusan sembilan pasukan terlibat agar memberikan perhatian serius dan mengambil tindakan segera dalam menyelesaikannya.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, pasukan-pasukan berkenaan tidak akan diterima menyertai pertandingan peringkat AFC jika layak dan pertandingan tempatan (kelolaan FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia – MFL), Liga Super dan Liga Perdana 2021,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan persatuan.

Jelasnya, menjelang tarikh akhir proses penswastaan pasukan, sebanyak 12 pasukan berjaya melengkapkannya untuk menjadi FC iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak United FC, Petaling Jaya City FC, Armed Forces FC, Negeri Sembilan, Kelantan United FC, Melaka, Terengganu FC, Kuching FA, Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

SELANGOR cuma berbaki seminggu untuk menyelesaikan proses penswastaan FC. – Foto FAS

“Tahniah kepada 12 pasukan ini atas kesungguhan dan kerja keras pengurusan tertinggi dan para pegawai mereka sehingga berjaya menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dalam melengkapkan proses penswastaan FC ini.

“FAM sentiasa terbuka untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pasukan yang memerlukan supaya pada akhirnya, kita mahu melihat kesemua pasukan ini dapat melengkapkan penswastaan FC ini sebelum tarikh akhir tersebut,” kata Firdaus.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here