Kopenas teroka E-Dagang untuk jadi 10 koperasi terbaik

0
395
Jumat Mat Lani (kanan) bergambar bersama sebahagian Ahli Jawatankuasa Kopenas yang baru selepas Mesyuarat Agung Kopenas Kali Ke 34 baru-baru ini.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas) berhasrat untuk mengembangkan perniagaan koperasi secara dalam talian berkonsepkan e-dagang.

Menurut Presidennya yang baharu, Jumat Mat Lani, zaman telah berubah maka Kopenas perlu mengambil langkah serupa agar koperasi beroleh keuntungan.

“Sehubungan dengan itu saya dan ahli jawatankuasa baharu Kopenas akan menumpukan perniagaan dalam bidang yang sesuai untuk perniagaan e-dagang.

“Setakat ini perniagaan emas dan barangan kesihatan kita akan promosi sebaik mungkin,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jumat berkata, beliau berazam meletakkan Kopenas di dalam senarai 10 koperasi terbaik di negara ini dengan bisnes e-dagang sebagai fokus utama.

Katanya lagi, pihaknya akan membina aplikasi untuk menjayakan misi Kopenas menjadi koperasi e-dagang terbesar di negara ini.

“Kita boleh lihat sendiri, perniagaan secara online begitu aktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di situ timbul idea untuk perniagaan sebegini dimajukan.

“Dengan keahlian kita di seluruh negara maka potensi untuk menjana keuntungan melalui e-dagang begitu besar memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai gajet telefon pintar,”katanya.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here