Revolusi dalam UMNO tidak boleh dielakkan…

9
15695

“ZAHID sudah menderhaka kepada UMNO apabila membuat kenyataan gerakan menyokong Anwar!

Nyahkan ZAHID!

#duridalamdaging
#guntingdalamlipatan
#nakselamattengkuksendiri”

MESEJ di atas mula tersebar dalam media sosial. Apakah sudah ada angin-angin “satu revolusi” akan berlaku dalam UMNO?

Benar, walaupun kepemimpinan UMNO masih diterajui oleh orang-orang yang imej mereka sudah rosak, namun barisan MTnya masih berdiam diri.

Mereka seolah-olah “malu” untuk menegur atau mencuit, atau berkata-kata secara berdepan. Namun, di belakang ada yang melahirkan rasa tak puas hati yang amat sangat.

Mereka mahukan perubahan. Mereka mahu UMNO yang baharu. Wajah baharu. Nafas baharu.

Imej buruk harus dibersihkan. Sehinggakan ada gerakan sebelum ini yang mahu menawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden UMNO (Baharu), tanpa syarat.

Mereka tahu ada orang-orang itu menemui Muhyiddin untuk menyelamatkan tengkuk daripada pertuduhan yang sedang mereka hadapi.

Yang pasti mereka amat marah dengan tindakan orang-orang itu — walaupun mereka bersahabat baik.

Tun Mahathir Mohamad juga sedang memerhati. Darah dalam dirinya masih menyala darah UMNO. Sudah tentu bukan UMNO sekarang (yang amat beliau benci), tetapi UMNO semasa zaman beliau dulu. Tun juga di dalam hatinya mahukan UMNO yang baharu.

Beliau mungkin setuju jika berlakunya revolusi dalam parti itu — dan berlaku perubahan mutlak pada parti itu. Maka itu para pemimpin muda, serta pemimpin berwajah baharu dalam UMNO, bersiap-sedialah. Itulah peluang anda.

Apa yang dilakukan oleh Zahid Hamidi yang membuat kenyataan menyokong Anwar Ibrahim itu dilihat cukup janggal. Apakah beliau tidak sedar bahawa gagasan AI itu mustahil dilakukan tanpa sokongan DAP dan Sarawak.

Adakah DAP sanggup bersekongkol dengan Zahid dan Najib Tun Razak?

Kenyataan Zahid itu sudah menjerat lehernya sendiri.

Yang menyepi diri dalam UMNO kini sudah mula bersuara. Mereka cukup marah dengan perbuatan Zahid itu. Satu kenyatan “gila” kata mereka. Malah mereka mahu keputusan mahkamah dipercepatkan.

Ada yang sudah berkata “Api dalam sekam… tunggu masa sahaja”.

Derhaka itu satu istilah yang berat. Maka, gerakan revolusi dalam UMNO tidak boleh dielakkan…

— BebasNews
Please follow and like us:

9 COMMENTS

  1. Aku dah kata dulu, isu nie simple ja, gantung keahlian semua yg ada kes, kecik mahupun besar, sehingga kes selesai. Biar yg tinggal, yg bersih take over…banyak isu Dan masalah akan selesai…

  2. Ini kerja orang berjuang utk melepaskan “tengkok” dari masalah yg dihadapi ekoran perbuatan mereka sendiri.

    Hairan apa yg membiolkan minda pemikiran MKT sehingga senyap sepi utk bertindak.???..

    Sebagai natizen biasa, apa yg difikirkan kini adalah singkir saja keahlian mereka yg terlibat dengan kes2 mahkamah – itu adalah jalan terbaik bagi menghindar mereka seperti ini dari memesongkan perjuangan sebenar parti UMNO.

    LET’S REFORMS AND MOVE FORWARD.

    Pemimpin2 seperti Tok Mat N9, KJ & ramai lagi….adalah lebih baik dari mereka yg berkenaan.

  3. aku dr mula dah tak percaya pada umno… mesti ada perubahan baru… semua kuasa mesti diberi pada orang baru yg bersih. orang lama umno yg berkuasa semua mahukan pangkat, kuasa dan duit semata2. bagi tok mat naik pulak bersama2 PAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here