Ke tepi, Jack Ma! Hartawan air mineral kini individu paling kaya di China

0
519

Oleh Fetty Rara

TERBAHARU, individu paling kaya di China sekarang merupakan seorang hartawan air mineral.

Zhong Shanshan yang mengasaskan syarikat Nongfu Spring pada 1966 di wilayah Zhejiang, timur China kini tersenarai di tempat pertama dengan kekayaan bernilai RM241 bilion pada Bloomberg Billionaires Index, lapor bbc.com.

Penyenaraian syarikat beliau di pasaran saham dan pegangan terbesar dalam sebuah firma pembuat vaksin telah melonjakkan kekayaannya.

Digelar Dú láng (獨狼) yang bermaksud ‘serigala tunggal’, Zhong kini merupakan individu kedua paling kaya di Asia selepas jutawan India, Mukesh Ambani, pemilik Reliance Industries.

Di peringkat dunia Zhong berada di tempat ke-17 dalam senarai 500 individu paling kaya.

Sebelum ini sebahagian besar daripada jutawan China adalah daripada industri teknologi, tetapi berikutan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China berhubung isu Huawei, Tik Tok dan WeChat, penilaian stok teknologi China telah menurun.

Selain Zhong, sektor makanan dan peruncitan juga sedang bersaing dengan industri teknologi untuk menonjolkan tokoh terkaya di China.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here