“Saya tak tau pun?” — Idris Jusoh

    0
    3461

    Oleh Wartawan BebasNews

    KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan beliau terkejut apabila namanya disenaraikan menyertai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu.

    “Malas nak layan,” katanya kepada BebasNews sambil menambah “siapa yang mengubungi saya?”

    Nama Pengerusi Felda itu adalah antara 19 ahli Parlimen dari UMNO yang didakwa menyertai Anwar sebagai Perdana Menteri ke-9.

    Mereka adalah:
    Arau – Shahidan Kassim
    Padang Terap – Mahdzir Khalid
    Baling – Abdul Azeez Abdul Rahim
    Machang – Ahmad Jazlan Yaakub
    Besut – Idris Jusoh
    Padang Rengas – Mohamed Nazri Abdul Aziz
    Parit – Mohd. Nizar Zakaria
    Pasir Salak – Tajuddin Abdul Rahman
    Bagan Datuk – Ahmad Zahid Hamidi
    Jerantut – Ahmad Nazlan Idris
    Pekan – Mohd. Najib Abdul Razak
    Tanjong Karang – Noh Omar
    Putrajaya – Tengku Adnan Tengku Mansor
    Pontian – Ahmad Maslan
    Kimanis – Mohamad Alamin
    Kinabatangan – Bung Moktar Radin
    Rompin – Hasan Arifin
    Cameron Highlands – Ramli Mohd. Noor
    Gerik – Hasbullah Osman

    Kata Idris, beliau tidak pun menyatakan menyokong Anwar.

    “Saya tidak pernah dihubungi dan tak pernah buat keputusan menyokong Anwar Ibrahim,” kata beliau.

    Sementara itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian.

    Pengerusi TNB itu berkata demikian menerusi laman facebooknya semalam.
    (https://www.facebook.com/377863958981851/posts/2840019312766291/)

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here