Wartawan China yang hilang sejak Februari sebenarnya berada dalam tahanan

0
734

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEORANG wartawan bebas yang dikatakan hilang sejak Februari lalu selepas melaporkan tentang wabak Covid-19 telah dijumpai.

Tidak diketahui ke mana hilangnya Chen Qiushi sejak sekian lama setelah beliau dikatakan dikuarantin secara paksa, lapor bbc.com.

Terbaharu, seorang kawannya telah memuat naik satu video ke YouTube dan berkata dia dalam keadaan baik, tetapi berada dalam tahanan kerajaan.

Sebelum ini menurut beberapa sumber beliau dikatakan berada bersama ibu bapanya di Qingdao.

Komunis China sering kali menahan aktivis yang berani menegur dan mengkritik kerajaan.

Pada waktu Chen dilaporkan hilang kerajaan China giat meningkatkan propaganda supaya dilihat berjaya mengawal wabak tersebut.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here