RIS tingkatkan kesedaran sekolah dalam talian

0
272

KUALA LUMPUR – Langkah untuk mempromosi dan menyedarkan orang ramai terutamanya ibu bapa tentang kebolehlaksanaan sekolah atas talian merupakan satu cabaran, kata Pengurus Besar Rizq Islamic School, Mohamad Fahmi Ahmad Naim.

Beliau dalam kenyataannya di sini berkata, Rizq Islamic School (RIS), sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, sedang berusaha untuk mengajak seberapa ramai lagi untuk mendapat manfaat dari platform ini kerana ia dibuka kepada semua pihak.

“Saranan pihak kerajaan supaya perkasakan sekolah atas talian telah lama kami usahakan dan kami berharap untuk mendapat sokongan semua pihak dalam usaha ini supaya negara sentiasa kehadapan dalam dunia pendidikan,” tambah beliau.

Mohamad Fahmi berkata, ketika pendemik Covid-19 , pihaknya tanpa masalah telah mengaktifkan secara penuh penggunaan sekolah atas talian (RVS) selain menyedia lebih awal prosedur standard penggunaan, manual dan tutorial bagi membantu pelajar dan ibu-bapa di dalam proses pembelajaran harian mengikut jadual padat seperti biasa.

“Sekolah maya kami beroperasi seawal pagi dengan dimulakan sesi tahfiz dan diikuti pembelajaran subjek penting persekolahan rendah melalui live streaming class. Ini diikuti dengan bahan rujukan, permainan, latihan, ujian, ulangkaji yang semuanya interaktif melalui RVS.

“Pendekatan video, audio, nota interaktif, permainan atas talian dan a.r (augmented reality) disediakan dan sentiasa dikemaskini dari segi bilangan dan kualitinya setiap masa. Pada sebelah petang kami menjalankan pembelajaran melalui hands-on iaitu project based bagi menghadkan masa skrin kepada pelajar,” jelas beliau.

Sehingga kini, kata Mohamad Fahmi, RVS mempunyai hampir 800 klip video dan audio pembelajaran, 1000 ibook dan nota interaktif, 600 games, 300 bahan dan terbaru pembangunan a.r sekitar 100 bahan asas dan masih ditambah hari ke hari.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here