Kiub rubik terkecil di dunia laris berharga RM7,820

0
173

TOKYO – Biarpun saiz kuib rubik amat kecil hingga hanya boleh dimain menggunakan hujung jari tetapi ia kini laris dijual di Jepun dengan harga 198,000 yen (RM7,820) untuk penghantaran mulai Disember depan.

Diberi nama sebagai Kiub Rubik ‘super-small’, ia dibuat bersempena dengan ulang tahun ke-40 alat permainan kemahiran susun warna tiga dimensi atau 3-D itu yang pada asalnya dicipta di Hungary.

Kiub edisi khas tersebut yang hanya berukuran 9.9 milimeter dan beratnya cuma 2 gram, diperbuat daripada logam besi ultra dan dilengkapi dengan kotak untuk paparannya, lapor media di Jepun.

Menurut kenyataan MegaHouse Corp., anak syarikat pembuat alat barangan permainan itu yang berpusat di Tokyo, Bandai Co. sudah pun terima banyak tempahan pelanggan untuk pembeliannya.

Ia mulanya dicipta oleh profesor arkitek, Erno Rubik dari ibu kota Hungary, Budapest, pada 1974 lalu, sebelum firma Amerika Syarikat, Ideal Toy Corp. menjadikannya popular di seluruh dunia sejak 1980.

Lebih daripada 100 juta kiub Rubik telah dijual di seluruh dunia dalam dua tahun pertama, malahan ia laris di Jepun, dengan lebih empat juta unit dijual dalam tempoh lapan bulan pertama pada 1980.

Kali ini, kiub kecil yang baharu ditunjukkan minggu ini pada satu pameran di Tokyo anjuran Kedutaan Hungary, selain karya seni dibuat dengan kiub Rubik dan berlangsung sehingga 9 November depan.

Duta Hungary, Norbert Palanovics menyatakan sedia hebah sesiapa sahaja ditemuinya mengenai Kiub Rubik kerana ia pamer sifat kecil, sederhana tetapi pintar negaranya yang sangat dibanggakan.

“Rubik adalah sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari, di sini juga di Jepun dan kiub ini beri inspirasi kepada semua orang,” katanya pada pameran yang dibuka secara percuma di Minato Ward.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here