Covid-19: WHO ramal lebih 2 juta kematian walaupun vaksin digunakan

0
298

Oleh Fetty Rara

JUMLAH kematian akibat Covid-19 boleh mencecah sehingga dua juta sebelum vaksin digunakan secara meluas.

Amaran oleh pengarah pasukan kecemasan WHO Dr Mike Ryan itu mengunjurkan angka lebih tinggi sekiranya tindakan sepadu tidak diambil, lapor bbc.com.

Setakat ini hampir sejuta orang mati akibat Covid-19 sejak wabak tersebut tercetus di China tahun lepas.

Jangkitan terus meningkat di serata dunia dengan lebih 32 telah disahkan.

Ombak kedua wabak tersebut telah bermula di beberapa negara di hemisfera utara menjelang musim sejuk.

Sejak beberapa hari lalu Eopah menyaksikan lonjakkan kadar jangkitan hingga memaksa beberapa negara menguatkuasakan perintah ‘lockdown’ seperti mana semasa ombak pertama.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here