Kim Jong-un mohon maaf di atas pembunuhan pegawai Korea Selatan

0
363
FOTO: Wikimedia Commons/Kremlin.ru / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/4.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff
PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un memohon maaf di atas pembunuhan seorang pegawai Korea Selatan.

Permohonan secara peribadi itu agak mengejutkan kerana beliau amat jarang memohon maaf.

Kim dikatakan telah memberi tahu pemimpin Korea Selatan Moon Jae-in bahawa kejadian tersebut amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku, lapor bbc.com.

Menurut sumber Korea Selatan lelaki berusia 47 tahun itu ditemui terapung di laut berhampiran Korea Utara.

Beliau kemudian ditembak mati dan mayatnya dibakar.

Tidak diketahui kenapa lelaki tersebut berada di lokasi itu, tetapi menurut kerajaan Korea Utara beliau mungkin sedang cuba untuk lari ke Korea Utara walaupun ditentang oleh keluarganya.

Pembunuhan yang dianggap pertama ke atas warganegara Korea Selatan oleh tentera Korea Utara sejak lebih satu dekat itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Korea Selatan.

Sempadan di antara kedua-dua negara Korea itu dikawal ketat dan tentera Korea Utara berpegang kepada dasar tembak mati sesiapa yang cuba memasuki negara itu bagi mencegah penularan Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here