GRS isytihar menang Sabah, ‘Warisan sudah tumbang’

    0
    532

    KOTA KINABALU — Gabungan Rakyat Sabah sudah merampas Sabah daripada Warisan, kata Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin malam ini.

    Beliau berkata gabungan Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan PBS itu menawan 37 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan untuk membentuk majoriti mudah.

    Kemenangan GRS itu, sekiranya disahkan oleh angka rasmi, menandakan nasib Warisan dan sekutunya, Pakatan Harapan, dan Upko sudah berubah.

    Warisan yang dipimpin Shafie Apdal mengepalai gabungan untuk menawan Sabah daripada BN, selepas gabungan itu tewas di peringkat persekutuan di tangan PH pada 2018.

    Pilihan raya kali ini diadakan selepas cubaan bekas ketua menteri Musa Aman untuk membentuk kerajaan baharu membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri.

    “Apa yang penting Warisan tumbang,” kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan kepada pemberita di bangunan Umno Sabah, di mana pemimpin BN berkumpul.

    Beliau maklum perkembangan itu di sebalik kekalahan BN di beberapa kerusi. Kata-kata itu berlatarkan sorakan yang bergema daripada para penyokong BN.

    Bekas perdana menteri Najib Razak turut kelihatan.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/26/grs-isytihar-menang-sabah-warisan-sudah-tumbang/
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here